Subhanallah.. indahnya sifat Maha Memberi Allah..

Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.

Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
  2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
  3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
  4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.

*di petik dr www.saifulislam.com

===============================================

Hatiku amat tersentuh tatkala membaca artikel di atas.. mgkn selama ni dah terlalu bnyk dosa terhitung.. di tambah pula perasaan rindu yg x tertahan ku kepada kedua ibu bapa n keluarga di kampung halaman.. mgkn selama ni TAHU x membawa kepada SEDAR.. walaupun Asmaulhusna telah biasa di nasyidkan sejak di bangku tadika, namun x pernah membawa kepada penghayatan yg mendalam ttg keagungan sifat Allah Yg Maha Memberi..

ku panjatkan syukur kepada-Mu ya Allah.. nikmat ibu bapa yg x terhitung tingginya.. yg melahirkan, menyusukan, menjaga, mendidik dan membesarkan ku sehinggalah aku menjadi insan seperti hari ini.. mgkn selama ini aku alpa dan lupa.. masa bersama tidak diterjemahkan dengan khidmat dan taat.. sering ku meninggikan suara n bersikap biadap kepada mereka.. Kau berikan ku ujian; ujian perpisahan dan berjauhan yg sementara membuatkan ku sedar betapa tidak bersyukurnya aku terhadap nikmat-Mu yg besar ini..

"ma, abah.. abe ngoh mintak maaf.. ampunkan segala salah dan silap.. halalkanlah makan minum abe ngoh.. sesungguhnya doa abah dan ma lah yg mengiringi abe ngoh ke puncak kecemerlangan.."

i need 4 boosters; in&ex-trinsically


wanna be A+ student juz like old days.. 
insyaAllah!!
hanya Yg Esa
menentukan n mentakdirkan
ku pohon kepada-Mu ya Allah..
bantu lah hamba-Mu yg lemah ini..

::Selamat Hari Guru::

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini
====================================================
mengambil kesempatan nie nk ucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 ku dr kecik sapa la aku da besa panjang skang nie.. ucapan terima kasih n penghargaan yg x terhingga n ase nye x dapat diungkapkan dgn kate2 betapa ku merindui kalian yg telah mengukir n membentuk diri ku menjadi insan yg kamil.. 
~cg tadika kemas kg mulong 95-96, guru2 ustaz ustazah sk wakaf bharu 97-02, smka falahiah 03-05, sbpi batu rakit 06-07, darulquran 07-08, intec 08 n cairo u ;)~ 


SEMUT sebagai da'i?

surah an-naml, ayat 18;

'hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "wahai semut-semut! masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."'


mari sama2 kita renungkan...
i) semut y merupakan seekor serangga pn memainkan sikap sebagai seorg da'i,,,
ii) di antara sikap da'i y diceritakan kepada kita:
  • menggunakan bahasa y lemah lembut & sedap didengar
  • mengajar cara terbaik y perlu dilakukan (kalu dalam kes ni, semut suruh kwn2 nya masuk dalam sarang so that dorg x mati dipijak tentera Sulaiman)
  • memberitahu kesan kalu kwn2 nya x ikut pesanannya

ii) kalaulah seekor semut pn boleh menjadi da'i y baik, apatah lg kita as human being y diberikan akal olehNya.. ingatlah, malaikat pernah refuse ble Allah nak jadikan manusia as khalifah sbbnya kitalah y bakal merosakkan dunia ini nanti...

lagi2 perkara menarik utk ditadabbur
dlm surah an-naml, ayat 15-31:

  1. ayat 22: Hud2 juga berfikir ttg
    dakwah?
  2. ayat 24: dijadikan setan, lagha
    bez
  3. ayat 30: surat istimewa,
    utkmu...
  4. ayat 31: bacalah ayat ni utk
    lembutkan hati org

p/s: jom tadabbur seketika.. insyaAllah akan dapat manfaat darinya, alQuran

Merendah Diri Menuntut Ilmu Kitab Suci..

Salam..

jumaat lepas merupakan klas laz dq-mep sebelum tawaqquf sempena exam; peserta mahupun tenaga pengajar. tp ustaz2 lagi awal menempuh exam. kate nye lam 19 april.. tp pada kebiasaannye, bila aku mengeluarkan ayat nie, kawan2 mesti membangkang.
"isk, ane ade.. kite lagi awal ah... kang leni ngoh exam.. ko guane (ganu-pei, mirul afiq n rakan2)?"
mmg betul ujaran rakan2 ku. kita skang lam fatrah examination. tp exam kita sedikit berlainan dr yg lain. kita menghadapi final exam taun nie lam masa lebih kurang 3 bulan utk menjawab sme soalan yg di tanye;
1) praktikal
2) written ( bertulis )
3) oral ( lisan )
ble aku gtau kakakku di msia, sme mengeluh mengenangkn duration exam yg begitu panjang.
"bek medic msia, habih2 lamo pun seminggu duo jah prekso (klate)" kate NA (kakakku-tahun 3 medic uia) yg sering menjadi penghibur hatiku.

Photobucket
badan pelaksana n tenaga pengajar DQ-MEP 2009
dari kiri : aku, alfadhil ustaz 'alauddin, ustaz wafi, ustaz fathan,
engku fahmi dan ahmad suhaib
(missing : asyraf kosnan, ijlal n tuan akmalhakim )

Sesungguhnya program dq mep bnyk mendedahkan para peserta kepada ilmu yg berkaitan ngan al-quran eg. ilmu tajwid, tafsir n sebagai nya.. x hairan laa sekarang nie ramai antara peserta sudah mampu utk membaca al-quran dengan betul dr segi tajwid n makhraj huruf nye.. malah ade yg mampu utk menerangkan tentang sifat n makhraj huruf apabila di minta utk berkongsi ilmu.. bahkan, kita mendapat pakej menghafal al-quran selain mendapat ilmu tentang nye.. alhamdulillah, inilah yg kita mahukan n impikan.. kerjasama yg dijalinkan ngan ustaz mampu memberi kita bnyk ilmu dan kebaikan.. x dinafikan ada antara peserta yg memulakan kelas dr 'ground zero' yakni sangat lemah dalam penghayatan ilmu alqurannye.. tapi sekarang nie, alhamdulillah, bnyk yg menunjukkan peningkatan yg amat baik..


Photobucket

Kelas Dq-Mep 2 - dikelolai oleh Ustaz Fathan 'Adi
belakang dr kiri : aku, shafei, shahir
dr kiri : ahmad marzuki, acap rahim, ustaz fathan, ahmad baihaqi, fikri indra


pape pun, sme pelajar dinasihatkan dan amatlah ditekankan supaya serius dalam menjaga surah dan ayat yg di telah di hafal.. jgn la kita hangat2 tahik ayam dimana sungguh bersemangat nk menghafal hafazan baru tapi meninggalkan ayat yg telah di hafal.. maka amat rugi laa kita semua..

Allahummarhamna bil Quran
wa ja'alhu lana imaman wa nuuran
wa hudan wa rahmah
Allahummazkkirna minhuma nasiina
wa'allimna minhuma jahilna
warzuqna tilawatahu
ana allail
wa atrafannahar
wa ja'alhu lana hujjatan
ya rabbal'alamin
...

i luv quran..

ku bingung..
pe pagi buta, pakcik arab memekak..
ku baru selesai menunaikan fardhu subuh..
x sempat nk baca quran..
x sempat nk baca ma'thurat..
x sempat nk lelapkan mata..
x sempat nk tenang kan fikiran..
PAKCIK KEJE TEBUK JALAN DAA..
habis satu imarah digegarkan..
satu imrah di bingitkan
dengan gerudi jalan..
sampai otak pu
n naik pening..
adoo
....



pi alham
dulillah..
ku sumbatkan telinga ku denga kalam suci Allah..
mata menjadi cerah..
otak x serabut, x haru biru lagi..
malah ku dapat memuraja'ah buku..
di pagi pakcik arab menebuk lantai, jalan raya..
berbanding di hari biasa..
ku penuhi pagi nan indah..
dengan lenaan tidur..
terpesona di bangku mimpi..
subhanallah..
i luv quran..

aku n klas quran..

salam..


Alhamdulillah.. setelah sekian lame aku x berkesempatan update blog nie.. akhirnya telah di beri kesempatan olehNya sedikit luangan masa untuk ku berceloteh n berkata-kata.. Alhamdulillah, syukur n ku rafa'kan setinggi-tinggi rasa syukur sbb masuk minggu ni da genap laa 4 minggu dak2 MEP8 menjalankan klas hafazan quran mereka.. Doktor Quranik Middle East Programme ( DQ-MEP )..

Alhamdulillah gak klas ku ditakdirkan di kelolai oleh Ustaz Fathan 'Adi yg juga berasal dari negeri kelahiranku, kelantan darul naim.. ku sangat serasi dengannye.. so, aku nk kongsi pe yg aku dapat dr ustaz fathan lam klas quran ku minggu lepas..
kate nye, lam Surah Al-Baqarah juzuk 1 yg
ktorg dok hafal tuh.. bnyk kali Allah S.W.T ulang ayat "aqimu ssalah".. die sengaja bawak ktorg supaya berfikir kenapa Allah ulang ayat nie.. die bertanye,

"agak2nye, pernah kah kita terfikir kenapa Allah S.W.T berulang kali menyebut frasa n kalimah kate nie lam Al-Quran.."



lantas ade rakan seperjuangan ku menjawab..
"semestinye Allah nk tunjukkan betapa pentingnye ibadah solat lam kehidupan seorang muslim.."

ustaz fathan menyambung lagi..

"adakah tuntutan di sini hanya solat semata-mata ataupaun ade tuntutan lain di sebalik tuntutan solat yg tersurat itu.."

nampaknye kali nie tidak ader sesiapa yg bersuara termasuk aku.. diam membisu..

beliau lalu menjelaskan bahawa sebahagian ulama telah membahaskan 5 tuntutan penting di sebalik tuntutan solat te
rsebut sekali gus bermaksud frasa kata di atas bukan sahaja menuntut kita solat semata-mata bahkan 5 perkara berikut :

1) Imaratul Masjid
-kita sangat dituntut untuk solat di masjid terutama nye kepada kaum adam. ustaz fathan mengemukakan kisah Nabi Muhammad S.A.W pernah meminta seorang sahabat utk menggantikan baginda menjadi imam solat kerana baginda hendak keluar mencarai dan membakar rumah sesiapa yg x hadir utk solat berjemaah di masjid.

2) Solat di awal waktu nye
-jangan la kita sengaja melewat-lewatkan solat
3) Solat berjemaah
-same kepentingan nye dengan tuntutan pertama merujuk kepada kisah yg same

4) Khusyuk dalam solat
-khusyuk merupakan kunci kesempurnaan n penerimaan solat kita oleh Allah S.W.T.

5) Solat Jumaat
-tuntutan wajib bg orang lelaki

Photobucket

selagi kelima-lima tuntutan ini tidak ditunaikan, maka " Sesungguhnya solat mencegah dari perkara yg keji dan mungkar" tidak menjadi kenyataan.. barulah ku tau, kenapa selama nie walaupun solat telah tunaikan oleh kita sme, tetapi lam masa yg sama kita tetap melakukan maksiat kepada Allah..

harap kengkawan dapat manfaat..

Wallahua'lam



Pengajaran Sebuah Ujian..



salam...


19 Jan 09-menjadi tarikh keramat ku menghadapi exam pertama di bumi asing.. walaupun nampak seperti normal n x layak diiktiraf sebagai event penting lam hidupku, namun.. kurasakan ia sangat memberi makna dalam usaha ku merealisasikan hasrat dan impian ku especially tatkala ku berada di perantauan..




Exam pagi tadi menjadi titk bidayah n menyedarkan ku tentang betapa serius nye 'jurusan' n 'bidang' yg sedang ku ceburi.. segala gerak kerja n modus operandi ku terpaksa disusun atur sekali lagi memandangkan kecekapan malah kuasa kerja yg dihasilkan ngan tujahan sebelum ini menunjukkan ketidakmampuan ku utk bertahan lama..

diwaktu ku duduk di kerusi, kusempat mengerling student2 arab skalian.. nampak tenang n gembira tatkala aku kegelisahan; tidak pasti sama ada aku mampu memuntahkan kembali segala bekalan bahan pembacaan ku selama ku mulakan persedian.. 2 minggu.. x perlu ku menilai individu yg nun jauh berbangsa arab.. ku lihat n mengamati insan yg bersamaku tipa2 hari.. ahli beit.. rakan sejawatan.. semua nye bertungkus lumus mengerah tenaga mengejar mumtaz.. tapi ku? ku terfikir dan terus berfikir..



jadi.. ku ingin memulakannya dengan kuasa trigger yg baru.. tenaga pencetus nie ku harap dapat bersama ku mengharungi segala cabaran, ujian, dugaan..


Ya Allah..
Kau pimpin lah daku..
Ke jalan yg lurus..
Jalan yg Kau redhai..
Terangkanlah hati ini dengan cahaya-Mu..
Cahaya petunjuk dan hidayah-Mu..





 

Blogger Template | Created by Adam Every